Setelah semakan dibuat, rupanya beta punya rim 14 inci
Racing Turismo yg bermasalah... berlaga dengan
brake calipers. Selepas ujikaji di jalanraya dengan mengenakan rim 15 inci, masalah tidak lagi dihadapi. Walau bagaimanapun, semakan selanjutnya tetap dibuat pada bahagian bawah kenderaan.
Imej 1: Bush Lower Arm Kanan
Imej 2: Bush Lower Arm Kiri
Dari kedua-dua imej
bushing yang ditunjukkan, kedua-dua getah
bushing itu sebenarnya berkeadaan baik, cuma besi
housing getah itu saja yang terkepak sedikit. Kena sesuatu kot. Jadi, tak perlu ditukar.
Instead, bila dah
check rupa-rupanya
lower arm kanan tersebut memang longgar sikit pada
absorber arm mount (aku belasah je istilah ni).
Bagi meningkatkan lagi keyakinan beta yang masih amatur, beta juga dinasihatkan untuk menukarkan
bush 'sate'.
Bush 'sate' ini adalah getah alas untuk besi pengikat
lower arm dengan
sway bar (lihat gambar dibawah);
Imej 3: Bush 'sate' yang agak lemau keadaannya
Imej 4: Bush 'sate' yang segar bugar setelah ditukar
Kini pemanduan beta adalah lebih bergaya & lebih rempit-able di selekoh-selekoh favourite.