Setelah semakan dibuat, rupanya beta punya rim 14 inci Racing Turismo yg bermasalah... berlaga dengan brake calipers. Selepas ujikaji di jalanraya dengan mengenakan rim 15 inci, masalah tidak lagi dihadapi. Walau bagaimanapun, semakan selanjutnya tetap dibuat pada bahagian bawah kenderaan.
Dari kedua-dua imej bushing yang ditunjukkan, kedua-dua getah bushing itu sebenarnya berkeadaan baik, cuma besi housing getah itu saja yang terkepak sedikit. Kena sesuatu kot. Jadi, tak perlu ditukar. Instead, bila dah check rupa-rupanya lower arm kanan tersebut memang longgar sikit pada absorber arm mount (aku belasah je istilah ni).
Bagi meningkatkan lagi keyakinan beta yang masih amatur, beta juga dinasihatkan untuk menukarkan bush 'sate'. Bush 'sate' ini adalah getah alas untuk besi pengikat lower arm dengan sway bar (lihat gambar dibawah);
No comments:
Post a Comment