Thursday, September 25, 2008

Lazy & Malas

Masuk semalam dah 5 hari marathon CS berlangsung. Letih nak mampus pada paginya menyebabkan keliatan yang teramat nak pergi kerja. Mandi pun ala-carte je. Selalu tu sempat je syampu ketiak sekali.
Pagi semalam mmg terus fail, sakit kepala sampai ke petang. Nak makan panadollah sayang plak sebab masih puasa, nak pergi jumpa doktor pun malas, jadinya tidurlah sampai ke malam. I mean, lepas berbuka sambung tidurlah. Tengahari tu aku sempat tonton filem Notting Hill lakonan Hugh Grant & Julia Roberts, teringat pada sikap lama aku yang suka membaca. Hairan juga kenapa aku dah kurang minat nak membaca sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin sebab aku bukan Hugh Grant agaknya.
Pagi ni berjaya bangun awal sebab dah lama dah stok kan tenaga batin dari semalam, jadi apabila marathon berlangsung pun takde kesan yang mendalam. Walau bagaimanapun sama je emosi kat opis ni, malas.
Nasib baik takde customer call pergi site (baru 11.45am ni, harapnya kekal sampai ke petang).
Kalau buleh sebenarnya aku nak baring dalam keadaan statik atas 4 kerusi kat bilik meeting sampai pukul 4.30pm. Gilo tak gilo dah la tahap malas ni.
Tetapi di sebalik itu ada beberapa agenda yang perlu aku beri perhatian:
  1. Bushing lower arm dah kaput!
  2. Nak balance balik rim lama aku, dan nak jual rim aku supaya aku dapat duit utk makan nasik instead of makan pasir
  3. Duit raya nak spend kat bebudak limited! (RM5 je sorang yg korang bleh dapat tahun ni...tetapi rasa macam sama je seperti tahun lepas?)
  4. Penjimatan duit minyak yg tak masih belum terbukti selepas pengumuman penurunan RM0.10
  5. Hutang-piutang pinjaman yang aku tak sabar² nak bayar sebelum raya ni, supaya aku dapat meratap hiba pada baki yang tinggal untuk aku guna-rayakan (kalau aku aysirf tu best la gaji aku melimpah ruah, tetapi nak kena bercinta Mr N dia pulak hari-hari, takpelah aku kensel dari cadangan nak jadi aysirf, pulak tu ada baki RM100 lagi ni halamak tangkap nangis betullah)
  6. Duit claim aku tak dapat-dapat lagi ni, sedangkan aku hampir memakan pasir cis lamonyo...
Okeh itu sekian sahaja untuk kali ini, ini pun pasal aku layan sangap kepala walaupun ada kerja depan mata hahaha Selamat Hari Raya Aidilifitri guys, maafkan daku zahir & batin!

No comments: