Monday, July 6, 2009

Cadangan yang sama

Sejak akhir-akhir ni aku di hujani isu yang sama je... jumpa org ni tanya soalan tu. Jumpa minah ni cakap macam tu. Jumpa kawan aku pun bagi cadangan yang sama. Cadangannya ialah,

"Tukar je la kereta baru."

Hehe, aku bukan tak berkenan nak tukar kereta lain, tapi aku sayang keta aku ni. Enjin jarang bermasalah, cuma kadang-kadang je merengek. Biasalah, umur lanjut skit. Bayangkan, hari-hari dapat jumpa pun aku masih nak keluar dengan kereta aku jugak. Sebab itulah ramai lelaki panggil kereta tu bini, sedangkan isteri di rumah pun belum tentu nak jumpa hari-hari! Kalau dah menyampah macam tu lah...

Walau bagaimanapun, aku rasa suatu hari nanti aku akan beli kereta lain jugak. Samada kereta ni aku simpan ke tak tu blakang cerita la tapi sentimental dah tentu kaw-kaw punya, dah lama bercinta la katakan.

2 orang manager kat bahagian Business Development opis tempat aku kerja sekarang ni pun asik la pancing aku beli Evo... kalu aku cap duit aku memang dah sental dah Evo Meebo ni.

"At least masuk turbo... 4G63 laa tak pun GSR", kata Mr Z no.1 & Mr Z no.2.
Sama je otak dua-dua. Mana taknya, sorang bawak Evo VII, assistant-nya plak bawak STI ver8... Cis dunia memang tidak adil....

Sekian aje aku membebel sensorang kali ini. Kalu ada lain kali nanti aku bagitau. Aku bagitau sini je laa, korang bukan nak amik tahu sangat pun.

6 comments:

Maverick said...
This comment has been removed by the author.
Maverick said...

aza cadangkan abg beli keta baru tapi simpan jugak proton lalala ittew.. amacam?

karem said...

haha... I do have such intentions but we'll see. As long as my wife understands why girls keep knocking around it!

Anonymous said...

better ko carik honda... ensem sket. Senang nak dapat chicks.. wahahahaha... lariii...

Anonymous said...

salam bro,
sori la baru jumpa blog ni.
sy baru dkt 2 tahun pakai putar ni, not bad. cuma awal2 beli tuka gebox sbb rosak (auto). alang2 tuka, sy amik manual. spring ape bes? ecu auto lg, kena tuka gk kan?
-sase

karem said...

kalu bole tukar ecu, afdal la tukau... tapi tgk compatibility jugak la, kalau tak bagus nak buat apa tukar kan...
Spring kena test sendiri... yang pasti R3 punya overall mmg oraiterd!